Thursday, August 21, 2008

KAEDAH PENANAMAN SERAI SECARA KOMERSIAL BERSAMA PISANG




Serai, sejenis tumbuhan rumput-rumputan yang daunnya panjang seperti lalang, dipakai sebagai bumbu dapur untuk mengharumkan makanan; minyak serai merupakan minyak atsiri yang diperoleh dengan jalan menyuling tanaman tersebut.

Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60?100 cm dan lebar 1.0?1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.




Khasiat dan Kegunaan
Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon?. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).




Salah satu guna lain dari serai adalah baunya dapat digunakan untuk mengusir nyamuk, baik berupa tanaman ataupun berupa minyaknya.

Serai dituai setiap 6 bulan, jadi untuk mendapatkan pendapatan yang berterusan, penuaian dilakukan 1 bulan sekali.

Harga tawaran, 1 batang 13 sen sahaja, Satu ekar, anda perlukan kasar 8000 batang , RM1,040 sahaja.

Anggaran pendapatan kasar 1 ekar adalah RM12K, dan bersih mungkin boleh mencecah RM8K - 10K

Anak benih serai diambil dari serai yang telah tua atau matang iaitu yang berumur lebih kurang 7 hingga 9 bulan.

kalau RM1/kilo pun boleh dapat dalam paling minimum RM10,000 semusim/ekar !!! (kalau 1 ekar dpt ditanam 5 ribu rumpun…yang mana serumpun hasilnya 2 kilo serumpun dengan harga RM1/kilo.) Aku pernah dapat serumpun 9 kilo!! Harga ketika itu, RM1.40/kilo…

Kebiasaan untuk penghasilan berterusan sepanjang tahun sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seluas 5-10 ekar (komersil) sistem menanam pun ikut urutan (rotation), bukan segaligus tanam. Tanam secara berperingkat/berkala. selang1 -2 bulan, tanam diplot baru misalnya(jika 1 plot keluasannya 1 ekar) jadi kelak… setiap 1-2 bulan, anda akan menuai

Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 ? 8000 rumpun serai seekar. Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun) Harganya bergantung pada permintaan dan kawasan. Jangan risau. Market utk serai ni luas. Sekarang ni kan kedai tom yam banyak? Tapi pastikan dulu market, ok?Jarak tanaman yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah.

MenanamTeknik menanam!!

Ramai yang tak tahu cara ni,Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih. (takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga. (Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar, jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya…tapi memadai kita membeli sedikit CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi.

penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki)

PENJAGAAN
PembajaanSerai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari…panas. Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh.

Kawalan rumpaiSebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja! Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati. Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada. Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati). Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.Kawalan perosakSerai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30 hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas trimming pun elok juga- saja protection)Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi.

MENUAI

Masa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop ? macam penggali tapi depannya macam sudip burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar. Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je….senang) Ikat atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit.
KOS
Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim.
Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih…apa daaaa)
JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan.
Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi perkhidmatan tersebut.
Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat.