Sunday, August 31, 2008

Malaysia Budget 2008 For Agriculture Development

For this purpose, a sum of RM6.5 billion is allocated for the agriculture sector.

Several new sources of growth in the agriculture sector have been identified, such as the pioneer project of virgin coconut oil processing, commercialising nira nipah products and breeding of Boer goats. Allocations will also be provided to pioneer organic fertilizer production, utilisation of fertigation technique in planting and mechanisation and automation for farmers.

In 2008, a sum of RM230 million is allocated for the Science Fund, RM300 million for Techno Fund and RM546 million for research institutions. To simplify and expedite the disbursement for agriculture R&D;, a sum of RM300 million will be transferred from the balance of the 9MP ceiling of the Science Fund and Techno Fund to the Ministry of Agriculture.

Among the programmes to be implemented include encouraging the cultivation of floriculture, herbs and spices.

Isunya sekarang, pihak Kementerian Pertanian perlu menjelaskan dengan lebih detail akan pecahan baget 2008 ini. Pihak Kementerian juag perlu bekerjasama dan memantau Jabatan Pertanian sehingga ke peringkat daerah supaya faedah baget 2008 di sektor pertanian boleh sampai ke kumpulan sasaran.

Beberapa masalah yang timbul ialah:
1. Keluhan pekebun kecil yang mengadu bantuan baja, racun atau komponen berkaitan tidak sampai kepada mereka tetapi sampai kepada kumpulan tertntu sahaja.

2. Ada juga pengamal pertanian yang mengeluh kerana gagal mendapatkan maklumat berkaitan pertanian secara online bagi memudahkan kerja mereka. Setengahnya tidak sanggup berdepan dengan pegawai pertanian di Jabatan Pertanian kerana tahap birokrasi ynag tinggi.

3. Daripada pendetailan badget ini, pihak petani boleh menuntut mengikut hak mereka di mana-mana jabatan pertanian di tempat mereka selagi tuntutan itu memenuhi penyataan atau garis panduan ynag diwar-warkan secara online.

4. Perancangan di peringkat tinggi adalah amat menarik tetapi ada keluhan ynag di dengar kerana masalah ynag timbul adalah di peringkat perlaksanaan yang merangkumi masalah berikut:
a. Kualiti perkhidmatan sokongan teknikal pegawai di pej daerah ynag rendah
b. Kesukaran utnuk pertmeu dan berbincang dengan pegawai di pej daerah
c. Saluran perhubungan samada telefon dan email di Pej daerah adalah terlalu rendah.
d. Pemahaman keperluan pej daerah terhadap keperluan petani amat rendah.

Slogan Pertanian adalah Peniagaan tidak akan dirasai oleh petani atau pekebun kecil kerana bimbingan kelompok dan bantuan pengwujudan pasaran tidak disediakan oleh agensi ini.

Ramai juga ynag mengeluh bantuan pasaran ynag disediakan oleh Famna adalah di bawah harga pasaran. Saya dimaklumkan perkara ini berlaku kerana pembelian hasil oleh Fam a sebenarnay dilakukan oleh subcontraktor yang dilantik oleh Fama akibatnya harga telah jatuh dua kali drp harga pasaran.

Banyakl lagi perkara-perkara lain yang akan saya sampaikan. tetpai buat masa ini pihak terlibat bolehlah berfikir bagai mana untuk memperbaiki struktur jentera pertanian di mana dengan harapan budget pertanian 2008 boleh sampai ke kumpulan sasaran yang dikenalpasti.

Monday, August 25, 2008

PENGALAMAN SAYA - MEMOHON BANTUAN DARIPADA JABATAN PERTANIAN TIDAK SEMUDAH YANG DIJANGKA

Memmohon bantuan pertanian daripada Jabatan Pertanian tidaklah semudah yang dijangka seperti ynag diwar-warkan oleh media dan ketua pemimpin negara.

Perkara ini berlaku kepada isteri saya. Isteri Saya adalah pengusaha kebun pisang sejak Mac 2008 yang lalu. Tanaman pisang saya adalah Pisang berangan.

Saya telah menhantar proposal permohonan sejak Mac 2008 di Pejabat Pertanian Daerah Jxxx, Kawasan Utara Semenanjung. Antara bantuan yang dipohon ialah:
1. Baja,
2. Racun
3. Pump Air
6. Beberapa keperluan berkaitan.

Pada peringkat awal permohonan adalah melalui Pembantu Pertanian. Sehingga sekarang saya masih belum merasa bantuan apo-apa.

Persoalannya, bagaimanakah cara ynag betul untuk memohon bantuan pertanian ini? Adakah memerlukan kroni atau cable fiber yang power?

Setiap kali talipon maka saya seperti menjadi sebiji bola di mana panggilan saya hanya di divert dari satu officer kepada officer yang lain dengan tanpa penyelesaian.

Yang lagi teruk, pegawai tersebut menyuruh saya berhubung terus dengan pembantu pertanian di pejabat tersebut sedang pembantu pertanian itu adalah di bawah jagaan pegawai tersebut.

Sepatutnya saya sebagai pelanggan hanya perlu tau satu contact person sahaja dan secara dalaman ia perlu diselesaikan oleh pegawai tersebut. Adakah pegawai Pertanian ini tidak berwibawa untuk menjadi seorang leader atau pengurus unit?

Sehingga sekarang saya terpaksa membantu isteri saya menampung perbelanjaan kebun pisang dan sehingga sekarang hampir mencecah RM25,000.00.

Saya terus terang, saya memang perlukan bantuan daripada kerajaan kerana beban harga baja yang amat tinggi.

Jika birokrasi dan kesungguhan Jabatan Pertanian masih berterusan maka ia boleh melumpuhkan Jabatan ini dan sentiasa dipandang serong oleh pihak khalayak.

Cadangan saya, pihak pengurusan atasan perlu memikirkan bagaimana mana barah birokasi dan kelemahan kualiti kerja dalam pengurusan pegawai ini dipertingkatkan.

Pada saya, jika anda ingin bertani jangan harapkan apa-apa daripada Jabatan Pertanian kecuali mempunyai laluan yang baik atau cable kroni dalam Pejabat Pertanian tersebut.

Kalau tidak lupakan lah hasrat bantuan drp mereka.

Walaubagaimanapun anda boleh cuba menghubungi no tel berikut untuk perundingan pertanian:
En Zulkifli (putrajaya), 03-88703533,03-88703561, 03-88703560

CARA PENANAMAN PISANG BERANGAN YANG BETUL


Maklumat ini diperolehi daripada pengurus ladang pisang yang menjaga Ladang Pisang seluas 65 ekar di Johor.

1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.
2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah ynag besar dan berat ynag maksimum.
3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutp rapat sehingga hujung pisang.
4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.
5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.
6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.
7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang ynag mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.
8. Pembajaan
a. Mula menanam - letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam
b. Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
c. Telaha umur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2
d. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok

9. MERUMPUT : Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak utk merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok utk elakkan pokok tumbang. Untuk meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum.

10. PENYAKIT : Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.

11. MEMETIK BUAH. Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering.

Friday, August 22, 2008

Projek Tanaman Serai 'Contract Farming'

Tanaman serai menjanjikan pulangan lumayan kepada pengusaha. Pada tahun 1996, Malaysia mengimport minyak sitral sebanyak RM 147 juta dari Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, UK, Jepun dan Hong Kong.

Kadar keuntungan bersih antara RM 5000 hingga RM 8000 atau lebih bagi setiap ekar tanah dalam tempoh masa enam (6) bulan sudah tentunya dapat meningkatkan taraf hidup pengusaha.

Kunci kejayaan syarikat kami dan syarikat sekutu kami, Moja Ventures Sdn Bhd adalah kekuatan menguasai pasaran, ketelusan dalam urusniaga atas semangat menang-menang serta iltizam yang tinggi untuk meningkatkan ekonomi ummah.

Berdasarkan Pengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri penanaman serai serta permintaan dunia yang tinggi, syarikat ingin mempelawa pengusaha-pengusaha yang berminat untuk melibatkan diri dalam perladangan kontrak yang memberi keuntungan lumayan ini.

Kepada warga Jutawantani semua. Ada peluang untuk yg ada tanah terbiar, atau kebun getah/sawit yg baru nak ditanam semula. Tapi tak tahu nak tanam apa kerana tak tahu nak pasarkan dalam kuantiti yg banyak....Inilah peluang untuk kita semua.

Projek Tanaman Serai 'Contract Farming'

Nama Saintifik : Cymbopogon Citratus
Tempoh Matang : 6 bulan
Kegunaan : Antibakteria,Antikulat,Antiserangga,Bahan Kosmetik,bahan makanan segera,deodoran dll.. byk lagi

Pasaran : Paling penting PASARAN TERJAMIN dengan kontrak 3 tahun. Ada surat perjanjian.

Anggaran Kos Penanaman : Kos bagi keseluruhan 1 ekar ialah anggaran +/- RM4210.00.
Anggaran Kos memungut hasil : RM2000


Anggaran Pendapatan/Hasil : 1 ekar mampu menghasilkan 18tan - 25tan dan sykt beli hasil kita 1tan=RM700.
Jika hasil kita 20tan bererti hasil ialah RM14,000.00. Untung bersih 1 ekar +/- RM7,800.00 utk tempoh 6 bulan. Purata RM1200 - RM1500 sebulan.
Bagaimana jika kita mampu menanam 5 ekar??? Jangka masa 6 bulan!!

Syarat Menyertai : Bumiputera. Keluaran tanah minima 1/2 ekar. Ada modal sendiri.

Nak Jimat Kos : Boleh memohon dptkan baja n racun FREE dr pertanian setelah projek bermula.

Info lanjut:
Call saya utk temu janji n tengok tapak. Kawasan Utara shj (Kedah,Perlis dan P.Pinang)
Maklumat lanjut ttg projek ini boleh didapati dr www.rumpunbiotek.com.my

Syarikat:
Rumpun Biotek Sdn Bhd,
No.5 Jln PJU 10/6 Desa Riang,
Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya.
H/P : En Ridzuan 012-4740016 (Marketing Agent)

Thursday, August 21, 2008

KAEDAH PENANAMAN SERAI SECARA KOMERSIAL BERSAMA PISANG




Serai, sejenis tumbuhan rumput-rumputan yang daunnya panjang seperti lalang, dipakai sebagai bumbu dapur untuk mengharumkan makanan; minyak serai merupakan minyak atsiri yang diperoleh dengan jalan menyuling tanaman tersebut.

Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60?100 cm dan lebar 1.0?1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.




Khasiat dan Kegunaan
Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon?. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).




Salah satu guna lain dari serai adalah baunya dapat digunakan untuk mengusir nyamuk, baik berupa tanaman ataupun berupa minyaknya.

Serai dituai setiap 6 bulan, jadi untuk mendapatkan pendapatan yang berterusan, penuaian dilakukan 1 bulan sekali.

Harga tawaran, 1 batang 13 sen sahaja, Satu ekar, anda perlukan kasar 8000 batang , RM1,040 sahaja.

Anggaran pendapatan kasar 1 ekar adalah RM12K, dan bersih mungkin boleh mencecah RM8K - 10K

Anak benih serai diambil dari serai yang telah tua atau matang iaitu yang berumur lebih kurang 7 hingga 9 bulan.

kalau RM1/kilo pun boleh dapat dalam paling minimum RM10,000 semusim/ekar !!! (kalau 1 ekar dpt ditanam 5 ribu rumpun…yang mana serumpun hasilnya 2 kilo serumpun dengan harga RM1/kilo.) Aku pernah dapat serumpun 9 kilo!! Harga ketika itu, RM1.40/kilo…

Kebiasaan untuk penghasilan berterusan sepanjang tahun sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seluas 5-10 ekar (komersil) sistem menanam pun ikut urutan (rotation), bukan segaligus tanam. Tanam secara berperingkat/berkala. selang1 -2 bulan, tanam diplot baru misalnya(jika 1 plot keluasannya 1 ekar) jadi kelak… setiap 1-2 bulan, anda akan menuai

Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 ? 8000 rumpun serai seekar. Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun) Harganya bergantung pada permintaan dan kawasan. Jangan risau. Market utk serai ni luas. Sekarang ni kan kedai tom yam banyak? Tapi pastikan dulu market, ok?Jarak tanaman yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah.

MenanamTeknik menanam!!

Ramai yang tak tahu cara ni,Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih. (takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga. (Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar, jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya…tapi memadai kita membeli sedikit CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi.

penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki)

PENJAGAAN
PembajaanSerai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari…panas. Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh.

Kawalan rumpaiSebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja! Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati. Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada. Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati). Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.Kawalan perosakSerai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30 hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas trimming pun elok juga- saja protection)Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi.

MENUAI

Masa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop ? macam penggali tapi depannya macam sudip burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar. Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je….senang) Ikat atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit.
KOS
Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim.
Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih…apa daaaa)
JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan.
Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi perkhidmatan tersebut.
Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat.

PENYUSUNAN PEKERJA KEBUN PISANG

16 Ogos 2008
Melalui pemerhatian, didapati kebun pisang tidak bersih seperti yang dijangka.
Kojak memaklumkan yang dia tidak mampu untuk membuat kerja tersebut kerana sibuk dengan kerja-kerja sendiri seperti membela lembu.

Perbincangan telah dibuat dan Kojak bersetuju supaya bidang kerjanya hanya 15 hari sahaja dalam sebulan. Maka Kojak bersetuju bbahawa gaji harian adalah sebanyak RM30 sehari atau RM500 sebulan.

Pekerja baru ditambah, mulai 18 Ogos 2008 Pak Teh bersetuju untuk membantu kojak membuat kerja secara bersama-sama dengan kojak. Anggaran gaji adalah sebanyak RM30 sehari.

Baja Mikro Organik dan Repella Pelindung Kulat-Serangga

16 Ogos 2008
Telah membeli 15 kampit Baja mikro Organik drp En Mohamad. Harga RM2.00kg.
Kuantiti berat dibeli 15 x 30kg = 450kg
Kos adalah RM900.00
Kaedah penggunaan 2 genggam (200gram) setiap pokok pisang.
Ditabur di pangkal pokok.
Kadar penggunaan baja adalah setiap 5 minggu.


REPELLA - Penggalak Hormon Akar, Pelindung Kulat dan Serangga
Pembelian 6 botol (serbuk) dengan harga RM20.00 sebotol, total RM120.00
Cara penggunaan : Bancuh 0.5 botol dengan 20 liter air, Siram atau sembur pada daun pokok pisang.
TUJUAN : Mengelak serangan kulat dan serangga disamping meningkatkan fotosentisis pokok.