Monday, November 3, 2008

PISANG : Penyakit Penyakit Layu Panama (Pisang Patah Tengkok)

Saya baru saja balik daripada Kampung untuk melawat kebun pisang saya yang seluas 5 ekar.

Hasil dariapad pemeriksaan kebun didapati lebih kurang 5-10 pokok telah diserang penyakit patah tengkok pisang (penyakit layu panama)

Ia adalah cabaran saya dan sekarang tengan pening kepala bagimana untuk mengatasi daripada merebak.

Melalu maklumat pertanian, tiada ubat kimia yang boleh mengubati masalah ini. Penyakit ini akan ketara menyerang setalh pisang berumur 6 bulan.

Kulat ini akan memasuki akar pisang melalui tebukan dan kerosakan bermula disebabkan serangan nematod atau luka pada bahagian akar. Pembiakan kulat seterusnya berlaku di dalam saluran sistem pemakanan pisang tersebut terutama di bahagian umbisi. Akibatnya saluran makanan tersumbat dan mengganggu pengaliran air dan zat makanan.

Tanda-tanda serangan pada peringkat pokok muda ialah pucuknya yang masih bergulung kelihatan layu dan mati. Bagi pokok tua, pucuk juga akan kelihatan kekuningan dan disamping itu daun-daun lain kelihatan patah terkulai. Tandan buah juga menghadapi masalah yang sama dan kering. Pokok-pokok yang diserang selalunya mengeluarkan banyak anak tetapi kelihatan layu.

Gejala penyakit layu bakteri pada tanaman pisang adalah layunya daun-daun tua sebelum waktunya, daun menguning dan mati, pada tanaman muda terjadi kelayuan yang menyeluruh. Penularan penyakit ini dapat terjadi melalui bibit terinfeksi, serangga yang mengunjungi bunga, alat-alat pemangkasan dan kontak akar.

Syor dan Kawalan:

- kebersihan kebun hendaklah sentiasa dijaga.
- gunakan sulur yang sihat dan tanam mengikut jarak yang disyorkan.
- sistem saliran kebun yang baik.
- setakat ini belum ada kawalan kimia yang berkesan untuk mengawal penyakit ini.
- pokok yang diserang hendaklah ditebang dan dimusnahkan dengan segera.

Melalui nasihat pegawai pertanian di Kuala Lumpur langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan adalah melalui penggunaan siraman baja micro (EMT) teknologi jepun.

Siraman di pangkal pokok biasanya dilakukan setiap 2-3 minggu sekali.

Salah satu sumber baja micro yang boleh mencegah penyakit ini adalah AGM2K keluaran BajaWang. Ia dijual secara online MLM dengan harga RM60.00. Sila lawati website ini untuk mendapatkan detail maklumat. www.BajaWang.Com

No comments: