Buah pisang yang mencapai peringkat matang mempunyai jejari yang kurang segi, berbentuk hampir bulat dan padat, dibandingkan jejari buah muda bersaiz kecil dan masih bersegi-segi. Pada hujung jejari buah matang, benang sari berwarna perang dan rapuh serta mudah tertanggal tetapi benang sari buah muda berwarna hijau. Buah matang tua berwarna hijau kecerahan berbanding dengan buah matang muda yang berwarna masih hijau pekat. Penuaian buah yang cukup matang biasa juga dihitung bilangan hari dari mula pengeluaran jantung.
Penuaian pisang, juga disebut sebagai 'menebang', iaitu dilakukan dengan menakik batang pohon pada ketinggian beberapa kaki di bawah tangkai tandan. Tandan buah dipotong setelah batang pisang tadi patah dengan keadaan tandan tergantung. Bagi pisang jenis besar seperti Embun dan Cavendish, dua orang pekerja diperlukan dengan seorang daripadanya menebang pokok dan seorang lagi menyambut buah. Apabila pokok telah ditebang, buah disambut oleh salah seorang pekerja tersebut di atas bahunya yang beralaskan span. Tangkai tandan kemudiannya dipotong.
Pisang dan tarikh penuaian selepas berjantung
1. Cavendish 20-23 minggu
2. Mas 7-9
3. Berangan 11-14
4. Embun 12-15
5. Rastali 11-13
6. Nangka 22
7. Tanduk 20
8. Awak 9
LINK : http://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_pisang.htm
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment