Saturday, January 31, 2009

Pisang Berangan Telah Mula Mengeluarkan Buah

Saya baru saja balik kampung melawat kebun pisang saya. Kebun pisang saya ni adalah berjarak 500km di utara semenanjung, jadi saya hanya mampu balik sebulan sekali sahaja.

Setakat ini sebanyak 6-7 pokok telah mengeluarkan jantung, selebihnya (3/4) menunggu masa. Masalahnya 1/4 drp pokok pisang tidak subur atau terbantut, ini yang amat merisaukan saya.

Penjagaan pisang berangan memang amat rumit tetapi harganya agak mahal RM1.50 utk harga drp peraih berbanding pisang lain yang harga antara RM0.60-RM0.70 sahaja.

Saya menjangka kutipan hasil musim pertama akan dibuat pada 8-12 minggu daripada sekarang (Mac 2009)

Pada masa ini, dua musuh utama yang menghantui saya:
1. Pencuri (manusia)
2. Musim kemarau yang menjejaskan pembesaran pisang
3. Serangan nematoda yang membunuh pokok pisang walaupun puradan telah digunakan.

Kawasan serai juga telah diperluaskan kepada keseluruah kebun. Tapi awas pisang + serai mungkin memerlukan baja yang lebih kerana penggunakan tanah yang terlalu maksimum.

1 comment:

kebun pisang said...

Salam Tuan, biasa la tu Tuan, rasanya pokok tu tak cuckup baja tuh. Taruk taik ayam aje tuan, nak taruk Baja Kimia sakit juga poket. Pokok pisang saya setahun dua bulan baru kluar jantung.., terlajak target.