Monday, August 25, 2008

PENGALAMAN SAYA - MEMOHON BANTUAN DARIPADA JABATAN PERTANIAN TIDAK SEMUDAH YANG DIJANGKA

Memmohon bantuan pertanian daripada Jabatan Pertanian tidaklah semudah yang dijangka seperti ynag diwar-warkan oleh media dan ketua pemimpin negara.

Perkara ini berlaku kepada isteri saya. Isteri Saya adalah pengusaha kebun pisang sejak Mac 2008 yang lalu. Tanaman pisang saya adalah Pisang berangan.

Saya telah menhantar proposal permohonan sejak Mac 2008 di Pejabat Pertanian Daerah Jxxx, Kawasan Utara Semenanjung. Antara bantuan yang dipohon ialah:
1. Baja,
2. Racun
3. Pump Air
6. Beberapa keperluan berkaitan.

Pada peringkat awal permohonan adalah melalui Pembantu Pertanian. Sehingga sekarang saya masih belum merasa bantuan apo-apa.

Persoalannya, bagaimanakah cara ynag betul untuk memohon bantuan pertanian ini? Adakah memerlukan kroni atau cable fiber yang power?

Setiap kali talipon maka saya seperti menjadi sebiji bola di mana panggilan saya hanya di divert dari satu officer kepada officer yang lain dengan tanpa penyelesaian.

Yang lagi teruk, pegawai tersebut menyuruh saya berhubung terus dengan pembantu pertanian di pejabat tersebut sedang pembantu pertanian itu adalah di bawah jagaan pegawai tersebut.

Sepatutnya saya sebagai pelanggan hanya perlu tau satu contact person sahaja dan secara dalaman ia perlu diselesaikan oleh pegawai tersebut. Adakah pegawai Pertanian ini tidak berwibawa untuk menjadi seorang leader atau pengurus unit?

Sehingga sekarang saya terpaksa membantu isteri saya menampung perbelanjaan kebun pisang dan sehingga sekarang hampir mencecah RM25,000.00.

Saya terus terang, saya memang perlukan bantuan daripada kerajaan kerana beban harga baja yang amat tinggi.

Jika birokrasi dan kesungguhan Jabatan Pertanian masih berterusan maka ia boleh melumpuhkan Jabatan ini dan sentiasa dipandang serong oleh pihak khalayak.

Cadangan saya, pihak pengurusan atasan perlu memikirkan bagaimana mana barah birokasi dan kelemahan kualiti kerja dalam pengurusan pegawai ini dipertingkatkan.

Pada saya, jika anda ingin bertani jangan harapkan apa-apa daripada Jabatan Pertanian kecuali mempunyai laluan yang baik atau cable kroni dalam Pejabat Pertanian tersebut.

Kalau tidak lupakan lah hasrat bantuan drp mereka.

Walaubagaimanapun anda boleh cuba menghubungi no tel berikut untuk perundingan pertanian:
En Zulkifli (putrajaya), 03-88703533,03-88703561, 03-88703560

No comments: