Thursday, October 16, 2008

SERAI - MEMBAJA

Baja ditabur 3 kali. satu kali baja asas dan selebihnya baja tambahan
1. BAJA ASAS - Sebelum penanaman
Sebelum rotor, tabur tanah dengan tahi ayam dan kapur. selepas itu barulah rotor


2. BAJA TAMBAHAN - Setelah berumur 25-30 hari

Membaja jenis Baja Urea (N46) dan Baja Super Turbo. Jarak pembajaan 5 inci dari pangkal pokok. Campurkan kedua-dua baja tersebut.1 sudu teh (spot).
Dibaja secara spot 1 BEG BAJA UREA (50 kg) + 1 BEG BAJA SUPER TURBO (25 KG) / EKAR

3. BAJA TAMBAHAN - Setelah berumur 55-60 Hari
Membaja jenis Baja Urea (N46) dan Baja Super Turbo. Jarak pembajaan 5 inci dari pangkal pokok. Campurkan kedua-dua baja tersebut.3 sudu besar (keliling pokok)
4 BEG BAJA NPK 15:15:15. (50 kg)/ EKAR

4. BAJA TAMBAHAN - Setelah berumur 120 hari
Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh. Dengan kadar 4 BEG BAJA NPK 15:15:15. (50 kg)/ EKAR

Saranan saya, kurang penggunaan baja kimia kerana pada jangka panjang ia akan merosakkan tanah. Cara menggurangkan penggunaan baja kimia ialah dengan menggantikan dengan penggunaan baja berasaskan formula CECAIR MIKROB ORGANISMA AGM2K.

Apa Itu AGM2K?
CECAIR ORGANIK BIO AKTIF AGM2K ialah sebatian dari hasil penapaian, unsur tanah dan mikrob berguna. Digunakan untuk meleraikan bahan organik. Diasaskan oleh Dr Teruo Higa, Ryukyu Univ., Jepun pada 1980an. Mirip pada kaedah Masanobu Fukuoka dalam bukunya The One Straw Revolution. Juga mirip kepada kaedah Natural Farming. Teknologi ini telah diterima pakai di 116 buah negara sejak penemuannya.

Jika kebun serai menggunakan baja jenis ini maka kesan positifnya ialah:
# Mengurangkan penggunaan baja NPK biasa pada kadar 2/3 bahagian
# Mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak, racun kulat pada kadar 2/3 bahagian
# Meningkatkan hasil tanaman pada kadar 50% hasil pencapaian
# Menjimatkan kos pembajaan sehingga hamper 70%

SERAI - PROSES PENANAMAN

1. Sistem perparitan.
Parit dengan kedalaman dan keluasan yang sesuai hendaklah dibuat dimana perlu.

2. TALI UNTUK MEMBARIS (LINING).
Lining perlu dibuat dengan jarak 4'x3' yang bertujuan untuk penyusanan tanaman.
Menanam dengan jarak yang betul menghasilkan 3,600 perdu seekar. Atau jika lebih rapay jaraknya maka perdu dihasilkan 10000-15000 rumpun.

3. KERJA MENUGAL BENIH SERAI
Disyorkan setiap perdu ditanam dengan 6 anak benih yang telah dirawat dengan hormon.

4. SIRAMAN
Perlu dilakukan setiap hari selama seminggu jika tidak hujan (cuaca kering)

5. KUANTITI TANAMAN
Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 – 8000 rumpun serai seekar.
Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun)

6. JARAK TANAMAN
Yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah.

7. PECAHAN PLOT
Sebelum mula menanam, pastikan dulu plot2 yg ada untuk ditanam serai, kalau boleh tiap 1@ 2 ekar dimasukkan sebagai 1 plot. Ini untuk memudahkan pengurusan nanti. Saya rasa yang sesuai kita buat begini. 2 ekar 1 plot.
Jadi untuk mendapatkan hasil tiap-tiap bulan, maka kita perlu buat plot2 tersebut dan menanam pada masa yang berlainan bagi tiap plot, misalnya selang 2 bulan

8. BAJAK DAN ROTOR
Ada pokok-pokok renek, tolaklah dahulu dengan JCB (backhoe) kosnya dalam RM300 sehari, dah bersih barulah dibajak & rotor. Kalau guna traktor Jabatan Pertanian, sewanya lebih kurang RM120-RM180 seekar (bagi bajak & rotor).

9. CARA MENANAM.
Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah. Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain.
Sendengkan sikit 45 darjah. Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan.
Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas.

Anak Pisang Nangka Diperlukan Secara Berperingkat


Pembekal anak pisang nangka diperlukan untuk membekalkan benih dengan harga berpatutan.
Keperluan
1. Bilangan : 100 pokok (fasa satu)
2. Nyatakan Harga sepokok
3. Lokasi : Simpang empat Tasik Mutiara, Seberang Perai (Belakang PPRT)
4. Tawaran haruslah termasuk pengangkutan.

Tarikh dijangka tanam adalah pada penghujung November 2008

Sila email kepada saya ppmshah(a)gmail.com